(Video) “Misteri Ketukan Tingkap,” Lelaki Ini Tenang Selepas Tiba-Tiba Tingkap ‘Diketuk’ Ketika Rakam Video

Misteri ketukan pintu yang menghantui penduduk di beberapa daerah di Sabak Beram, Selangor bulan lalu, ternyata menggemparkan ramai.

Malah, baru-baru ini khabar angin bertiup kencang bahawa ketukan pintu sudah sampai pula ke Negeri Sembilan dan Melaka. Sehingga kini, tidak dapat dipastikan ‘makhluk’ yang mengganggu ketenteraman ramai tersebut.

Terbaharu, menerusi perkongsian video di Youtube oleh Bilfami TV, pemuda berkenaan yang sedang melakukan rakaman tiba-tiba diganggu dengan ketukan tingkap yang kuat.

Video berdurasi satu minit 50 saat itu menunjukkan tingkap bilik pada mulanya diketuk dengan perlahan sebelum bertambah kuat.

Pemuda tersebut yang kelihatan tenang, kemudiannya bangun dari kerusi dan terus membuka tingkap sekaligus ketukan pun berhenti.

Namun, setelah tingkap ditutup semula, kelihatan pada saat ke 32, tingkap berkenaan kembali diketuk.

Berang dengan keadaan itu, pemuda berkenaan terus mengambil kitab Al-Quran lalu mengalunkan bacaan ayat suci dengan merdunya ke arah tingkap yang dibuka.

Tidak sampai beberapa saat ayat suci dibaca, tingkap diketuk dengan kuat sebelum keadaan menjadi senyap. Tonton video di bawah. Meremang!

 

Sumber: Bilfami TV

Author: ADMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *